Friday 7 September 2012

gemuk d hari yg mulia??

assalamualaikum my diari....& my all sayangness

msti bengang kan ari 1st rye org2 kg kamu kata kamu dh gemuk????? haaaaaa inilah bnda yg aku dgr pg2 rye ptama.... trus hilang selera nk melantak dhari makanan byk thidang... x smpat nk mkn laksa penang umah mak cik aku sbb tkt perut maju ke hadapan. lau kerja aku yg maju ke hadapan bangga la jgk kn. ok!! next house aku xkn melantak lg, minum jerr!!

tp lps rye kt umah mak cik ku trs aku ke umah mak long ku & terrrrrrrrnampak nc kerabu+telur masin... owhhhh......hlg terus azam x nk mkn! adoiiiiiiii azam yg mmg x pnh mjadi! ape lg......ngantuk la bl perut dh pnh kn?????

tp x leh tdo lg. kna g umah tunangku dlu....lau xg beraye umah dia 1st rye, dia majok ok........ ktnye hubungan dh serius so0o0o0 xleh mls2 btemu ngan bakal mentua....nk ambk ati bakal mentua kn..huhu.....yg speselnye dia dtg ambk n hantar blk k...(org yg bkenaan, sila jgn cemburu)

 x mau taip byk2, xd mood! lyn jela gmbar.
MAAF, GAMBAR BERSAMA SI DIA X DPT D UPLOAD SBB NAMPAK SEKSI & double trouble gemuk KERANA TERSALAH POSING <maklumla dh berisi>..KIHKIHKIH....

 dari 46 kg jd 52 kg

gemuk sudaa!!

Wednesday 15 August 2012

salam aidilfitri....

assalamualaikum....
 hurmmmmm sdr x sdr esk dh ct skolah.... cpt sungguh ms blalu. bl kt bz dgn keje cpt je ms blalu kn??...
sbnanye aku ni dh x sbr2 nk pulang ke kmpung tp tpaksalah tnggu co pilot smpai cni dlu.. if aku ada sayap la.........aku akan......... < tp x mgkin>
o0h mysayangness.... ape2 pn tg la sbb slalu je nk dtg ambik sy wpun x suruh <ye ke x suruh,>.huhu..
o0h my mum n adik2.....tlg la kemas ape yg ptt coz aku nk blk gyg kaki jerr..haha....<u all dhati stp saat>

o0 ada lg: o0h my frenz....tq 4 evrything, hadirnya kalian tlh mewarnai hdp aku n mematangkan fikiran..tq
o0h kain bju....sila msk ke dlm beg <aku x tau nk bwk blk bju ape nih> ingt nk bwk blk bju rya je, yg lain x pyh bwk blk..berat!

o0h......no idea la coz jiwa dh dkampung!!
k bye

Sunday 12 August 2012

kisah ex yang CEMBURU

HAHAHAHAHAHA LUCU LA AWK NI....

ada sorang budak 2 kan kan kan...dia tgk blog aku pn blh jadi isu.. padahal aku x knl + x pnh jmpa dia... ciap perli2 lagi yg aku ni x secantik dia <pdhal aku pn x pnh gtau sape2 yg aku ni lawa..haha>  wpun aku x knl dia tp sdkt sbyk kisahnya mmg aku tau + mukanya sama cam mak long aku.. 
+++

wpun dia kata sy x secantik dia tapi sy ckit pun x kisah < cuma nk tgelak je ngan prangai dia yg mcm bebudak f2 kt skolah aku ni > hahaha.... TAPI SEBAGAI SEORANG PEREMPUAN AKU FAHAM PERASAAN CEMBURUNYA ITU sbb aku tgh bhgia dgn yang tersayang yg  masih "diintainya".... haha....sy kecian sama kamu sbb wpun kamu kt kamu cantik tp kamu ttp cemburu dgn aku YG BANGGANYA RASA BILA ADA POMPUAN YG CEMBURU DGN POMPUAN X CANTEKK NI...haha....

BTW...RINDU SAMA UCUK!



Friday 10 August 2012

ni wa nk mrh ni!!

assalamualaikum......salam ramadhan yg ke-22

adoiiii adoiii adoiii.....................
awatla depa umum ct last minute????? skolah stat ct ari khamis...waaaaaaaaaaaa...... my sayangness dh bl tiket nk mai ambik aku ari khamis mlm  jumaat. ptg br blh blk kg...waaaaaaa..... ni aku mrh ni. memnusahkan org. huh!!

TAPI....................

MEMANDANGKAN MYSAYANGNESS NI TERLALU SYGKAN AKU, DIA AKAN BUAT MAGIK SUPAYA AKU TAK TERRRLAMBAT BLK KG . hahahahaha...

bukti kasih sayangnya......LUV U SO0O0O0 MUCH LA AWAK! & ALWAYZ MISZ U

Wednesday 11 July 2012

jantung berhenti berdegup

assalamualaikum diari sepiku...

apelaa....asal bwk kete n blh pegang stereng time2 hujan terus aku bkhayal....sgt2 khayal smpai ke lautan pasifik..tp realitinya x pnh smpai sana.

 tak mau taip pjg bjela! tgh aku press minyak kat lrg kanan sbb x sbr nk balik umah, mau tkejut beruk tiba2 ada van mapuh melintang kt lrg kanan. mmg x nmpak sbb ms 2 hujan..
sgt10x dkt br aku tnampak van 2!!! dasar drebar van gila..
nsb baek aku smpt elak ke lrg kiri & drebar kete wira kaler putih pn tkejut jgn rsnye sbb aku tb2 msk lrg kiri n dia brek mengejut!

insaf kejap aku..ari ni bwk kete kt lrg kiri je...huhu

Tuesday 1 May 2012

sila ambil perhatian!!!

ishh.....susah klau ada manusia sekeliling kita yg suka dgn kita pnya barang kan??
bl aku tgk, dh berubah bentuk <sakit hati>
bl aku tgk, dh brubah keadaan <lama2 blh skt jiwa nih>

 ----maaf, ini bkn cerita ttg alat tulis@alat memasak..kihkihkih---

aku bkn kedekut, skali dua ambik aku msh cool. cool beb!!!!
aku bkn tangkai jering, tp klau 4  5 kali terjadi????? ini dh bkn cool lg tp rs nk hempuk ngan kuali!!
aku bkn haji bakhil, klau nk try guna gtau jela...

tapi klau guna mcm aku ni sponsor hdp kamo, kamo blh blah!
maaf....aku x sebaik itu hingga nk sponsor hdp org lain.. untk diri sdiri pn ckup2 mkn.
gaji kt lbh krg je..xder nk tlebih kaya dsini.

---LAGIPUN KITA BKN BESPRENZ OK!---

~~~maaf kpd yg terbaca statmen ni, sebelum nk marah fikir dlu klau kamo di tmpat aku~~~

Friday 6 April 2012

GUD NITE SAYANG.......

tak ada istilah meninggalkan & ditinggalkan..klau dia jodoh kita dia akan kembali kepada kita wlau dia telah pergi jauh beribu batu. klau sebaliknya, bmakna bukan dia yg tertulis untuk kita di azali lagi..tak perlu membenci dan menyimpan dendam..kerana tidak menerima takdir bermakna menolak ketentuanNya
~~~p/s: motivasi utk diri sdiri.

nikah KHITBAH vs TUNANG by TEMERITY

Assalamualaikum :)

tajuk kali ini ialah TUNANG(adat) VS NIKAH KHITBAH(nikah gantung)

NIKAH KHITBAH
  • akad nikah dilakukan ketika menyatakan hasrat kpd keluarga wanita (sah suami isteri)
  • sah hubungan suami isteri tetapi tidak duduk bersama kerana belum bersedia (belajar, cari wang yg mencukupi, etc)
  • bila dah bersedia, walimatul urus (kenduri persandingan) diadakan dan boleh duduk bersama
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri sekali je ;P , selamatttt)

TUNANG
  • menyatakan hasrat kpd keluarga wanita, dan bertunang (hubungan bayangan)
  • masih tidak sah hubungan suami isteri dan tidak duduk bersama
  • bila dah bersedia, buat majlis akad nikah, buat walimatul urus, dan boleh duduk bersama apabila sudah sah hubungagn suami isteri.
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri 3 KALI PALING KURANG, amik kaw..)

the PROBLEM dalam masyarakat kita sekarang ialah.. "GATAL".. PENYAKIT GATAL YG MELANDA KETIKA TEMPOH TIDAK DUDUK BERSAMA..
tp penyakit GATAL ni tak salah kalau disalurkan dengan cara yg betul.. contohnya..


TIME DATING



PEGANG-PEGANG / MANJA-MANJA

dan yang paling best...
SELAMAT DARI PENCABAR2 TERDEKAT



Hadis Rasulullah (saw)
"wahai pemuda pemudi, brgsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"


Thursday 5 April 2012

PETUA MELAYU LAMA

Petua Memudahkan Wanita Bersalin.

a. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c. Amalkan minum air lebihan suami.
d. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j. Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya.

Tuesday 3 April 2012

pernahkah kau x slah tp disalahkan??

assalamualaikum...

1- terharu hari ni ms mjlis persaraan pengetua.

2-diharapkan pengetua yg akan dtg sebaik pengetua yg ini..(tp bila nk mai??)

3-hari ni msk kelas seperti biasa,x g kursus pn sbb x ajar psv f1....smlm g SMK TAMAN PELANGI INDAH untk ganti ckgu yg septtnya g.....haaaaaaa ini ada blaku sdkit slh faham ngan ckgu wat relif.rupa2nya ckgu yg kna g kursus tu x gtau ckgu wat relif dia g kursus so ckgu yg wat relif 2 terrrelifkan aku..
ms terjumpa kt kantin dia mrh2 kt aku x gtau dia...o0o0 aku rupanya yg sepatutnya bgtau ckgu yg wat relif lau ckgu bwh PANATIA oppsss PANITIA PSV ada kursus..o0o0o0 baru sy thu....

tapi yg peliknya lau aku "tak ada kat skola" knp aku pn dpt relif??? pg2 lg aku ambk krtas relif 2 tp dia x kata ape2 pn...
persoalannya sape yg pening sbenanya??? aku lerrr sape lg kn....
menjadi pengajaran untuk menyampaikan mklmt dgn lebih tepat

Sunday 1 April 2012

KAHWIN by syahirul.com

mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini,amin..

ADIK AKU PAKSA AKU BERPANTUn

assalamualaikum selamat sejahtera,
salam 1 malaysia saya ucapkan,
berdirinya saya di sini untuk satu cerita,
izinkan saya untuk mulakan.

mohd suhaimizan nama saya,
datang ke sini menuntut ilmu,
main futsal hobi saya,
asal saya dari kota bharu.

mak minah suka menganyam ketupat,
untuk diberi kepada saya,
suka bergaya perangai anak keempat,
senyum sokmo prinsip saya.

anak kucing berlari-lari,
anak tikus diam menyepi,
saya tak suka makan kari,
maklumlah takut lemak mari.

wakaf che yeh diminati ramai,
barangnya murah berkualiti lagi,
saya suka pergi ke sana,
maklumlah sebelah rumah saya.

coursmate saya pelbagai bangsa,
pelbagai negeri asal mereka,
mereka semua sangat gila-gila,
lecturer kami pula sporting gila.

terima kasih saya ucapkan,
sudi mendengar celoteh saya,
kalau tak sedap tolong maafkan,
maklumlah ini bukan bidang saya.

Friday 30 March 2012

barang baru...murah jer

assalamualaikum....
arrrrggggggggggggggghhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!! BOSAN!
nape bosan??? ermmmm biasala bl jauh ngan org2 yg tsayang..terperap je kat bilik.skolah bilik.bilik skolah. aku bkn bosan mengajar n mendidik..aku hepy ngan keje aku. pendidik kan keje yg mulia + keje i2kan satu ibadah...kankankan..??huhu...actually bosan duk umah!

bila aku bosannnnnnnnnn aku akn terbeli benda yg x dirancang.penyakit kronik nih! kdg2 benda yg dh ada pn aku akan bl lg <1 pembaziran>..sbnanya benda ni sume aku da adalaaa, byk lg. tp lau dh ttarik kenala beli.lau x beli aku xkan blh tdo sb asyik tringat benda2 2...

 2 hari lps aku dh tbeli deodrant INVISIBLE. sbbnya dia x mninggalkan kesan putih pd baju hitam & kesan kuning pada baju putih...ini mslh utama kita kn??ada kesan kt baju.. td pula terbeli 3 btg pen jenama yg tiba2 diminati.lancar je menulis gna pen jns ni.jenama ZEBRA. hari tu da bl sbtg,skali gna trus jth hati..aha! ssh aku nk kekal ngan sejenis pen je tp yang ni aku g bli skali lg...almaklonglargh lau pen x sesuwai tulisan akn jd buruk, btl tak??? hahaha......




terbeli buku  ni jgk..kdg2 bosan itu bgs

Thursday 29 March 2012

ambik dr blog org lain.youtube pom ader











Loo Jo Yee (sebelah kanan). Ada kisah menarik mengenai beliau. Mari kita kongsi cerita beliau.
Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta tak perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.
Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.
Keluarga Jo Yee merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Dan beliau bakal menjadi seorang paderi di sebuah gereja. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat bantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.
Loo Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.
Yang pertama adalah, beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam untuk masuk agama Kristian.
Namun untuk berdebat dengan rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari kelemahan Islam.
Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga menyimpang dari perkara sebenar.
Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah pertama Loo Jo Yee.
Peristiwa kedua yang membawa hidayah kedua beliau adalah ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi kehidupan beliau walaupun masih muda.
Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak ‘encourage’ beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada Allah.
Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!
Loo Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di jalan Allah.
Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

materialistik

assalamualaikum wbth....

tak mau ckp manyak la...strek 2 de poing bkn pompuan je yg materialistik tp jantan pom sama la... kan?????
y aku bg statmeng gini???......sebabnya.....lau dulu time skolah,time blajar xder pn yg nk mengorat btl2 <kwn2  aderlarrrrr> maklumlah rupa xdok harta apatah lagi kn...<hahaha>

 time x der keje x der harta <kecik jer di mata kamo..huhu>

tapiiiiiiiiiiiii.............skang ni mana2 aku g ader je yg nak ehem2 (mbe sb da ader keje n kete yg kecik tp menarik n tertarik 2)   sory,sjak dlu aku meme x slesa lau ader jantan yg nk mengayat dgn tiba2... x selesa taw!  lau aku ni remaja belasan taon mbe kembang lobang idung yg meme besar nih sb diminati... 
SBNANYER LAKI ZAMAN SKANG PN NK CARI WANITA YG EDUCATED SBGAI BINI & ADA KERJA BEST.mbe sbb skang ni zaman serba duit..jd ape2hal bini blh tolong..BETOL DOK??


 keje sudah...

lagih 1, awatt depa pngil aku ckgu??? kat dahi aku nih ada cop "AKU CIKGU" ker??  huhuhuhuhu....
aku jwb "sy bkn ckgu,sy kerani"....

kat skolah aku ckgu kat luar aku kerani <kerani update status fb ngan blog>


p/s : suka kwn2 dulu baru slesa lau nk lbh2..yg dtg terus nk ngorat ni mmg aku ssh nk lyn. almaklonglarr..ati budi org kt x taw!

ngan dia nih kami bmula sbgai kwn yg havoc..perasaan lain dtg sdiri..xder ngayat2 @ ngorat2
pis no war! harharhar.......................jgn mare ;p

Friday 23 March 2012

~~~selamat malam~~~

assalamualaikum...
2 hari sdh blalu tp msh tkilan sb spm psv x dpt 100% mcm thn lpas..seorang gagal!
inilah akibatnya bl xnak skolah tp daftar spm..
ckgu dh tlg siapkan kerja kursus sb xnak ada yg gagal psv..psv subjek yg plg sng nk skor tp ginilah jadinya lau xde usaha dr diri sdiri..
lps jwb exam (mbe lngsung x buat k2) kamu mjahanamkan harta benda skolah..akibatnya sume subjek fail!

SALAH SIAPA??

Saturday 10 March 2012

HADIAH...TERHARU SAYA!

SEMALAM AKU DPT HADIAH BEG DUIT KALER KUNING DARI DIA SEMPENA HARI LAHIR...  SEKIAN TERIMA KASIH

Friday 17 February 2012

ku tak dpt menahan tangis dpn mereka

assalamualaikum wbth.....
ari ni mmg memalukan utk perkara yg x ptt dimalukan...heheheh..
okeh sbnanya dh nk dkt smggu aku terkena ulser kt lidah ni....
smlm mmg x dpt bcakap lgsung..kesian bebudak 4SN...salin nota n soalan jer,,"cgu sy x fhm"..lalu ku tulis kt blackboard "minggu dpn kt bincang n cgu ajar".. alhamdulillah bebudak paham bl tgk aku ssh nak bcakap..
bl ku jpe en khalid nk tya ape nk buat ngan bdk yg dh kna buang skola tp ttp dtg skola..n en khalid tnya "knpa sedih2 ni cgu?" ."tak,bkn sedih,skt mulut".huhu......adussss sbb 2 aku mls nk bckp sjk 2,3 ari ni...
nk mkn pom susah woo...menangis!

owh bckp psl benda yg memalukan td..sbnanya kt kantin td aku mkn nc minyak.lauknya ialah ayam msk pedas+acar nenas...ape ag mmg skt la..pastu dt plak 2 org rkn guru duk semeja n tanya psl keje n tiroid ku sbb aku nmpak mgigil n bpeluh sakan.... mmg skt bganda bl bckp..ape lg..............mengalir i mata bebb!!! hahaha......
o00hh ulser..knp kamo semua tumbuh kt tepi lidah????? tau tak sgt skt bl bcakap sbb lidah akn bgesel ngan gigi??? 
tapi biasanya bl dh skt sgt2 utk 2 hari,esk insyaallah sktnya akan kurang n beransur sembuh...aminn..

esk???? owhh merentas desa!

Wednesday 15 February 2012

TIPS CANTIK SEPANJANG ZAMAN

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tub…uh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) – (HR Ahmad) – Doa tengok cermin.

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. – selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

(sumber diambil drpd Rindok Blog)

Tuesday 14 February 2012

berilmu tp tak beramal

assalamualaikum..
ari ni xtaw la seperti biasa @ hati seksa....huhu...sbnanye nk cte psl seorang hamba Allah nih (bia krg ckit bebanan perasaan.lau cte ngan org lain dikira mngumpat)..
hurmmmm x taw la nk mula dgn perkataan aper....

ok la...gini....
pg td ada pjumpaan umah sukan so havoc la jgk. memandangkan aku ni dh 2,3 ari tkana ulser kt gusi, lidah n tekak so ssh la nk ckp.LIDAH kn yg plg pntg lau nk bcakap sbb lidah mhasilkan sebutan................................. oleh itu.........aku pn duk jauh la ckit ngan rkn2 yg lain utk elakkan org tgur & tpaksa bckp..tetiba dtg la pulak si A menegur n wat lawak...aku pn hye mampu tersengeh kontrol sakit &mjwb 2,3 pth pkataan....huhu.... x lama lps 2 beliau pn beredar utk cr kt mana pjumpaan umah sukan dia..fuhh x pyh tersengeh2 ag lps beliau xder.....

keadaan smakin pns la pulak....aku ni mmg x thn panas sbb ada TIROD...trus bpeluh sakan...+ mulut sakit...
lbh kurang 30mnt kemudian tamatlah sudah pjumpaan kali ke-1 ini.........dh nk beredar dh ni.

TETIBA (di sinilah bermula) dtglah hamba Allah ini dlm keadaan marah2 n dgn muka bengisnya  bkata "yg aku peliknya mana penolong umah ungu??"  <lbh krg ginila bunyinya dgn vokalnya yg lantang> aku yg ada bhampiran pn angkat la tgn, mls nk jwb sb mulut makin skt la pulak.....aku pn g la dkt ckit sb aku tgk mcm dia nk bg ketas senarai kehadiran kot...bila dia nampak aku angkat tgn n nk ambik ketas kt tgn dia, trs dia bg ketas2 kat ketua dgn keadaan kasar & terus blah! ketua umah pn diam je. xtau la dia pn mrh aku @ tkezut dgn tindakn hamba Allah 2 mcm aku (p/s:ketua ngan hamba Allah ni besprenz & slg sokong menyokong setahu aku).....mta maaf sgt3 sb kamu terpaksa pegang ketas yg 2,3 kpg itu,,msti beratkan?? maaf sgt2!

persoalannya,,,,,,,,,,,tk tfikir ke dia dgn air muka org lain.mbe ada rakan2 lain yg trnampak kejadian 2. kot ya pn pegang ketas itu sesuatu yg amat menyusahkan, aku rs x perlu kot nk bekspresi dgn begitu skali... tak tfikirkan kamu jika ada org lain yg mjatuhkan air muka kamu mcm yg kamu buat pd org lain?? apa perasaan kamu???  SEMPURNAKAH KAMU?

yg peliknya dia 2 ilmu agama tinggi<aku rasa>  pantang ada kwn2 wat salah ckit terus nk pulaukan.. aku pn pelik la ngan dia ni...ehhhhhh pelik ker??? tak kot..

TAPI.....xperlu pn kn menunding jari antara 1 sama lain....msg2 ada slh silap..hurmmm....jom kt sama2 muhasabah dri kita supaya menjadi insan yg lbh baik utk hari esk...aminn.,,,.buang yg keruh ambl yg jernih...& slg memaafkan..

Sunday 12 February 2012

sharing is caring

9 Mimpi Nabi Muhammad SAW

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.


BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU
YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

Saturday 11 February 2012

tertelan aloe vera

assalamualaikum.........
ari ni nk cerita ckit psl khasiat aloe vera memandangkan ari ni aku da stat minum ALOE VERA FOREVER utk nk kasi hlg prt cikenpox yg dh jd hitam ni...huhuhu.....
sbnanye byk rupanya khasiat pokok lidah buaya ni (bru taw ni sb surf tenet sblm minum bnda ni)..

di bwh ni adlh antra kebaikan ambl produk aloe vera nih  ;

~~sebagai makanan tambahan yang boleh membantu penghadaman, melancarkan perjalanan darah, juga untuk meningkatkan kecekapan buah pinggang, pundi kencing dan hati.

~~Ia juga mengandungi sekurang-kurangnya 3 asid lemak yang berguna untuk perut, usus kecil dan usus besar. Sifatnya yang beralkali juga dapat membantu mengurangkan masalah asid berlebihan dalam badan yang juga merupakan punca utama masalah sukar menghadamkan makanan.
~~Ia boleh menolong melancarkan dan membersihkan salur makanan(salur penghadaman).Satu bahan yang baru ditemui dalam aloe vera ialah acemannan dan ia sedang dikaji kerana potensinya yang dipercayai dapat menguatkan ketahanan semulajadi badan.Bahan ini dapat menjanakan pengeluaran T-limfosit yang membantu sistem pertahanan badan.

~~gel yang diekstrak dari daun lidah buaya boleh gunakan jika bahagian badan melecur, melepuh atau bangkat.
 
~~Ia boleh digunakan ketika demam untuk menurunkan suhu badan dengan cara menyapu gelnya pada kepala , dahi dan pelipis.

~~mempercepatkan proses penyembuhan luka.
 
~~Ia juga mengurangkan gatal-gatal akibat dari gigitan serangga.
 
~~Untuk penggunakan kecantikan gel dari daunnya boleh membantu mencegah jerawat dan menegangkan kulit muka.

~~menambahkan kelembapan pada muka, merawat sunburn dan masalah kerengsaan kulit. 
 
~~untuk melebat dan menyuburkan rambut ia boleh digunakan secara terus

~~Menghentikan pertumbuhan tumor

~~Merendahkan kadar kolesterol

~~Memperbaiki sel darah

~~Menambah oksigen di dalam darah

~~ Menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh

~~Memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan

~~Menyembuhkan penyakit ulser dan sistem penghadaman

 ~~Mengurangkan tekanan darah tinggi dengan merawat punca, bukan hanya simptom

~~Menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan

~~ Mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar

~~Merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut

~~Menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai pembalut luka kerana ia bersifat anti-bakteria

~~Menghentikan kanser kolon

~~Sebagai pelincir salur perkumuhan

~~Menghilangkan buasir

~~Meneutralkan gula di dalam darah

~~ Memelihara buah pinggang dari penyakit

~~Menghalang jangkitan

~~Memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga

~~Memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak

~~ Menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)
                                                                               <sumber diambil drpd the secret medicines>


 

Apa Yang Terkandung Di Dalam Lidah Buaya:
1. Air
2. 20 mineral
3. 12 vitamin
4. 18 asid amino
5. 200 phytonutrien
6. enzim
7. triterpen (phytonutrien yang mengurangkan gula dalam darah)
8. glyconutrien & glycoprotein
9. polisakaraid
10. acemann, mannose-6-fosfat polimannan
11. fenolik glikosid
12. dihidrokomarin

okey..itulah khasiat pokok lidah buaya nih..smga btambahlah kesihatan aku n mhilangkan segala jns parut..huhu....
sekian..tima kasih.....adios amigos