Sunday, 1 April 2012

ADIK AKU PAKSA AKU BERPANTUn

assalamualaikum selamat sejahtera,
salam 1 malaysia saya ucapkan,
berdirinya saya di sini untuk satu cerita,
izinkan saya untuk mulakan.

mohd suhaimizan nama saya,
datang ke sini menuntut ilmu,
main futsal hobi saya,
asal saya dari kota bharu.

mak minah suka menganyam ketupat,
untuk diberi kepada saya,
suka bergaya perangai anak keempat,
senyum sokmo prinsip saya.

anak kucing berlari-lari,
anak tikus diam menyepi,
saya tak suka makan kari,
maklumlah takut lemak mari.

wakaf che yeh diminati ramai,
barangnya murah berkualiti lagi,
saya suka pergi ke sana,
maklumlah sebelah rumah saya.

coursmate saya pelbagai bangsa,
pelbagai negeri asal mereka,
mereka semua sangat gila-gila,
lecturer kami pula sporting gila.

terima kasih saya ucapkan,
sudi mendengar celoteh saya,
kalau tak sedap tolong maafkan,
maklumlah ini bukan bidang saya.

No comments:

Post a Comment