Friday 6 April 2012

GUD NITE SAYANG.......

tak ada istilah meninggalkan & ditinggalkan..klau dia jodoh kita dia akan kembali kepada kita wlau dia telah pergi jauh beribu batu. klau sebaliknya, bmakna bukan dia yg tertulis untuk kita di azali lagi..tak perlu membenci dan menyimpan dendam..kerana tidak menerima takdir bermakna menolak ketentuanNya
~~~p/s: motivasi utk diri sdiri.

nikah KHITBAH vs TUNANG by TEMERITY

Assalamualaikum :)

tajuk kali ini ialah TUNANG(adat) VS NIKAH KHITBAH(nikah gantung)

NIKAH KHITBAH
  • akad nikah dilakukan ketika menyatakan hasrat kpd keluarga wanita (sah suami isteri)
  • sah hubungan suami isteri tetapi tidak duduk bersama kerana belum bersedia (belajar, cari wang yg mencukupi, etc)
  • bila dah bersedia, walimatul urus (kenduri persandingan) diadakan dan boleh duduk bersama
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri sekali je ;P , selamatttt)

TUNANG
  • menyatakan hasrat kpd keluarga wanita, dan bertunang (hubungan bayangan)
  • masih tidak sah hubungan suami isteri dan tidak duduk bersama
  • bila dah bersedia, buat majlis akad nikah, buat walimatul urus, dan boleh duduk bersama apabila sudah sah hubungagn suami isteri.
  • IMPORTANT FOR MEN (kenduri 3 KALI PALING KURANG, amik kaw..)

the PROBLEM dalam masyarakat kita sekarang ialah.. "GATAL".. PENYAKIT GATAL YG MELANDA KETIKA TEMPOH TIDAK DUDUK BERSAMA..
tp penyakit GATAL ni tak salah kalau disalurkan dengan cara yg betul.. contohnya..


TIME DATING



PEGANG-PEGANG / MANJA-MANJA

dan yang paling best...
SELAMAT DARI PENCABAR2 TERDEKAT



Hadis Rasulullah (saw)
"wahai pemuda pemudi, brgsiapa di antara kamu yg mampu berkahwin, kahwinlah kamu kerana dengannya mampu menjaga pandangan serta kemaluan kamu. Tapi.... Kalau kamu tidak mampu, maka berpuasalah"


Thursday 5 April 2012

PETUA MELAYU LAMA

Petua Memudahkan Wanita Bersalin.

a. Amalkan baca Surah Yassin disertai niat dan doa sepanjang tempoh kehamilan.
b. Hampir bersalin amalkan zikrullah Tasbih Nabi Yunus..
c. Amalkan minum air lebihan suami.
d. Amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi.
e. Amalkan makan buah kurma sepanjang tempoh kehamilan ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan seangkatannya/ memudahkan laluan bayi/selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi disertai zikir/selawat.
f. Minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
g. Amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
h. Kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
i. Minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. Amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.
j. Bagi kulit bayi yang putih/ bersih, amalkan makan buah epal dan minum susu, selain meminum air soya.

Tuesday 3 April 2012

pernahkah kau x slah tp disalahkan??

assalamualaikum...

1- terharu hari ni ms mjlis persaraan pengetua.

2-diharapkan pengetua yg akan dtg sebaik pengetua yg ini..(tp bila nk mai??)

3-hari ni msk kelas seperti biasa,x g kursus pn sbb x ajar psv f1....smlm g SMK TAMAN PELANGI INDAH untk ganti ckgu yg septtnya g.....haaaaaaa ini ada blaku sdkit slh faham ngan ckgu wat relif.rupa2nya ckgu yg kna g kursus tu x gtau ckgu wat relif dia g kursus so ckgu yg wat relif 2 terrrelifkan aku..
ms terjumpa kt kantin dia mrh2 kt aku x gtau dia...o0o0 aku rupanya yg sepatutnya bgtau ckgu yg wat relif lau ckgu bwh PANATIA oppsss PANITIA PSV ada kursus..o0o0o0 baru sy thu....

tapi yg peliknya lau aku "tak ada kat skola" knp aku pn dpt relif??? pg2 lg aku ambk krtas relif 2 tp dia x kata ape2 pn...
persoalannya sape yg pening sbenanya??? aku lerrr sape lg kn....
menjadi pengajaran untuk menyampaikan mklmt dgn lebih tepat

Sunday 1 April 2012

KAHWIN by syahirul.com

mak ayah, saya nak kahwin.. janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

mak ayah, saya nak kahwin. janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

mak ayah saya nak kahwin.jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

mak ayah, saya nak kahwin.. jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

mak ayah, saya nak kahwin. berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

mak ayah, saya nak kahwin.. dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

mak ayah, saya nak kahwin.. percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

mak ayah, saya nak kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

mak ayah, saya nak kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah.

mak ayah, saya nak kahwin.. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

mak ayah, saya nak kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

mak ayah, saya nak kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

mak ayah, saya nak kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.

mak ayah, saya nak kahwin. tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan ayah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan ayah ini,amin..

ADIK AKU PAKSA AKU BERPANTUn

assalamualaikum selamat sejahtera,
salam 1 malaysia saya ucapkan,
berdirinya saya di sini untuk satu cerita,
izinkan saya untuk mulakan.

mohd suhaimizan nama saya,
datang ke sini menuntut ilmu,
main futsal hobi saya,
asal saya dari kota bharu.

mak minah suka menganyam ketupat,
untuk diberi kepada saya,
suka bergaya perangai anak keempat,
senyum sokmo prinsip saya.

anak kucing berlari-lari,
anak tikus diam menyepi,
saya tak suka makan kari,
maklumlah takut lemak mari.

wakaf che yeh diminati ramai,
barangnya murah berkualiti lagi,
saya suka pergi ke sana,
maklumlah sebelah rumah saya.

coursmate saya pelbagai bangsa,
pelbagai negeri asal mereka,
mereka semua sangat gila-gila,
lecturer kami pula sporting gila.

terima kasih saya ucapkan,
sudi mendengar celoteh saya,
kalau tak sedap tolong maafkan,
maklumlah ini bukan bidang saya.